The perks of being a wallflower

because I'm a wallflower, I express it all here in my humble abode.





I Really Miss You
 
Saturday 16 July 2016 

Asalamuaikumtetap ber semua.Hari berganti hari tarikh bertukar tarikh dan masa tetap berjalan.Tapi rasa rindu dengan abah tak pernah hilang sebab perasaan ini takkan hilang macam itu sahaja.Lagi lagi abah yang pasti takkan datang semula.Melainkan mimpi dan doa .Abah tahu tak perasaan ini akan kekal sampai bila bila sebab hati anak perempuan abah ini takkan hilang macam itu sahaja.Sebab abah dah tinggalkan anak perempuan abah ini tanggungjawab yang besar yang kan kan buat dia ini rasa nak menangis bila ada masalah yang berat.Abah tahu tak ? SeKarang anak perempuan abah yang selalu dianggap lelaki ini dah tahu masak dah tahu tanggunjawab yang mana kena buat dulu yang mana tak elok apa risikonya dan semuanya.Dia juga da pandai senyum abah.Sebab abah cakap senyum la walaupun itu bukan salah kita sebab kalau kita bersifatkan macam itu orangkan ingat kita sampai bila bila.Ye memang betul pun.Senua orang ingat abah.Mana Na pergi semua tanya anak arwah ke ? Mana nak sekarang ? anak arwah kan ? Semua setiap tempat tanya tentang kita abah.Abah tahu tak dah lama Na tak gosok baju abahkan ? Rasa rindu ini tinggi sangat bila nak siapkan semua benda dengan abah.Nak masak lauk fav abah gulai Lemak Cili Api.Tapi kalau dilistkan memang banyak la abah.

Setiap tahun kita,Keluarga ini tak pernah lupa doakan kebahagian abah dekat sana.Malahan hari hari setiap tahun mesti ingatkan abah dan ceritakan kenangan dengan abah.Walapun masa abah ada gambar tak banyak ambik.Bukan apa ? Masa itu abah seorang jenis yang tak suka tangkap gambar.Sebab dia menyampah.Takut tak hensem la itu.Tapi takpela.Tak kesah pun.Sebab dah biasa tengok abah hensem itu yang single sahaja itu.Kalau abah ada Na takkan biarkan abah pergi kali ini.Tapi kita tak boleh lawan takbir sebab semua yang berlaku pasti ada sebab dan kenapa ? Cuba kita kena sabar dan kuat untuk lalui semua laluan yang Tuhan da aturakan untuk kita.

Abah da banyak tinggalkan kenangan dan pelajaran yang Na kena buat bila abah da tak ada nanti.Na sentiasa buat dan cuba untuk belajar walaupun Na tahu semua itu susah untuk Na buat sorang sorang sebab abah takada.Tapi belajar itu pentingkan.Dan Na juga tengah cuba bahagiankan ibu dengan sempurna abah.Abah tunggu kita semuanya sebabkan abah kitaorang dapat merasakan kesenyum dan kebahagian .Sebab abah hari hari pesan Yang Pergi Tetap Pergi Yang Ada Tolong Hargai dan Jaga Untuk Abah ye.Ye ye Na ingat sampai harini.


Sekian TerimKasih.
                                         XOXO,
NARYS
 
Sunday 25 November 2012 

hi


Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.